30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 2, 2024

Nasi ‘mandy’ bakal disajikan di rangkaian Richiamo Coffee

Mesti Baca

BERITA baik untuk penggemar masakan Arab. Dua menu nasi ‘mandy’ terkenal restoran Hadramawt iaitu ‘mandy’ ayam dan kambing bakal disajikan di rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara tidak lama lagi.

Manakala tujuh produk sedia untuk dimakan (RTE) Hadramawt lain pula akan dijual di rangkaian Richiamo Mart.

Ini susulan kerjasama yang terjalin antara Kumpulan Richiamo dan Hadramawt Kitchen Sdn Bhd (HKSB) yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, perjanjian persefahaman (MoU) ini menandakan perjalanan baharu bagi Kumpulan Richiamo bekerjasama dengan satu jenama yang sudah terkenal.

“Hadramawt ini ada pengikutnya sendiri dan saya yakin dengan produk-produk yang akan masuk ke Richiamo Coffee dan Richiamo Mart nanti, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat yang besar serta kepada para pelanggan nanti,” katanya.

Menerusi kerjasama ini produk RTE HKSB yang akan dijual di Richiamo Coffee ialah Nasi Mandy Lamb dan Nasi Mandy Chicken, manakala untuk Richiamo Mart pula sebanyak tujuh produk HKSB tersedia untuk dijual.

Produk tersebut ialah Haneeth Ayam dengan Nasi, Haneeth Kambing dengan Nasi, Kabsah Ayam dengan Nasi, Kabsah Kambing dengan Nasi, Mandy Ayam dengan Nasi, Mandy Kambing dengan Nasi, dan Zurbian Kambing dengan Nasi.

Advertisements

Kesemua produk tersebut adalah sedia untuk dimakan (RTE) dan para pelanggan hanya perlu memanaskan sahaja produk nasi tersebut selama dua minit dan sedia untuk dimakan.

Pada majlis itu, Kumpulan Richiamo diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Richiamo Coffee Sdn Bhd, Nurul Nabilah Muhamad Zamry dan Richiamo Mart Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, Wan Najib Wan Daud 

Manakala HKSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hadramawt Kitchen, Alaa A.I. Abdalwahed.

Pertukaran MoU itu disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Muhamad Zamry berkata, kesemua tujuh produk HKSB itu telah tersedia dan dijual di seluruh cawangan Richiamo Mart di seluruh negara.

Katanya, kehadiran produk HKSB di dalam cawangan Richiamo Coffee akan memberi tambah nilai terhadap menu-menu yang sedia ada.

“Dua jenama ini mempunyai kekuatan masing-masing dan sudah tentu ia akan mengukuhkan kedudukan produk dengan cara cross seling antara Kumpulan Richiamo dan HKSB,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sentuhan pertama Ruben ketika MU berkunjung ke Ipswich

SENTUHAN pertama Ruben Amorim sebagai Ketua Jurulatih baharu Manchester United hanya akan dilihat apabila kelab itu berkunjung ke Ipswich...

Lagi Artikel Berkaitan