Sunday, July 19, 2026

Tanpa belanjawan alternatif, PN hanya pembangkang ‘kosong’

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) hanya sekadar pembangkang yang kosong dan lemah kerana tidak dapat menyediakan belanjawan alternatif untuk dinilai oleh rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan belanjawan negara, namun pembangkang juga sepatutnya turut menyediakan belanjawan alternatif untuk semak dan imbang.

“Bila nak semak imbang, patutnya tunjukkan kita ada cadangan yang lebih baik, bukan hentam tetapi tiada cadangan lain.

“Melainkan memang pihak PN tidak ada alternatif, maka kekallah dengan mentaliti begini. Ingin kekal jadi pembangkang kosong selamanya,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan pembangkang tidak perlu membentangkan belanjawan bayangan mereka.

Katanya, pihak yang ingin melihat belanjawan alternatif perlu menunggu sehingga PN mengambil alih kerajaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, peranan semak dan imbang pembangkang bukan dilaksanakan melalui penyediaan bajet bayangan. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan