27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Richiamo Coffee buka cawangan konsep kiosk di Menara Prisma

Cawangan berkenaan merupakan konsep kiosk pertama yang dibuka oleh Richiamo Coffee.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CAWANGAN ke-99 Richiamo Coffee Sdn Bhd. yang berkonsepkan kiosk pertama dibuka di Menara Prisma Presint 3, Putrajaya hari ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Empire Coffee Works, Wan Najib Wan Daud, pembukaan cawangan di Menara Prisma adalah hasil perbincangan dengan pengurusan dan pemilik bangunan tersebut iaitu Pelaburan Hartanah Bhd yang menawarkan tempat untuk pihaknya beroperasi.

Selain itu, pemilik bangunan turut menawarkan perkhidmatan tambahan kepada para pekerja terutamanya kakitangan EPU dan Kementerian Kesihatan serta bangunan-bangunan bersebelahan.

“Sebagai sebuah syarikat milik 100 bumiputera Richiamo Coffee selalu menekankan agar jenama ini boleh ditembusi oleh semua golongan lapisan masyarakat agar ia boleh berkembang sejajar dengan usaha kebelakangan ini”, katanya.

Untuk rekod, cawangan ke-99 itu dirasmikan oleh Menteri Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa merasmikan cawangan Richiamo Coffee ke-99 di Menara Prisma Presint 3 Putrajaya hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Mohamad Zamry Abu Samah dan beberapa tetamu jemputan lain.

Cawangan ke-99 itu dimiliki dan dikendalikan oleh Empire Coffee Works di mana ia merupakan cawangan ketiga selepas Wisma Bernama Kuala Lumpur dan Universiti Malaysia Perlis.

Selain di Menara Prisma, dua lagi cawangan Richiamo Coffee yang telah beroperasi berdekatan di Putrajaya ialah di Presint Diplomatik dan Tamarind Square Cyberjaya.

Ketika ini, jumlah keseluruhan cawangan Richiamo Coffee yang telah beroperasi di seluruh negara ialah 105 buah cawangan.

Di majlis tersebut Mustapa turut meluangkan masa melihat bagaimana kopi ‘dibancuh’ di kafe berkenaan yang menyajikan pelbagai variasi kopi termasuk Americano, Latte dan Espresso.

Malah Mustapa juga turut membuat sentuhan peribadi dengan membuat minuman Latte di majlis tersebut.

Richiamo Coffee Menara Prisma juga menghidangkan menu makanan barat dan tempatan seperti patin masak tempoyak, daging salai, siput sedut salai dan itik salai serta asam pedas tenggiri.

Selain itu, kek dan pastri juga turut dijual di sini.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan