27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

68 kes malaria dicatat di Kelantan tahun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 68 kes malaria dilaporkan di seluruh negeri Kelantan sepanjang tahun 2022 bermula pada Januari sehingga 2 Julai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan tiga peratus berbanding tahun lalu yang mencatat sebanyak 66 kes dalam tempoh masa sama.

Katanya, daripada 68 kes terbabit, sebanyak 11 kes adalah Human Malaria, manakala 57 kes lagi ialah Zoonotic Malaria iaitu jangkitan malaria daripada monyet.

“Bagi kes Human Malaria, menunjukkan 100 peratus adalah daripada jangkitan import membabitkan warga Myanmar. 10 kes dikesan di daerah Gua Musang manakala satu kes berlaku di daerah Kuala Krai.

“Kesemua mangsa membabitkan pekerja ladang iaitu sembilan kes di Ladang Sanjung Kuasa dan satu kes di Ladang Golden Palm, masing-masing di daerah Gua Musang. Manakala, satu kes lagi membabitkam individu tidak bekerja di Kuala Krai.

“Bagi kes Zoonotic Malaria pula, seramai 43 warga tempatan dijangkiti penyakit berkenaan iaitu 35 Melayu, Orang Asli (lima), Cina (dua) dan India (satu) selain 14 warga asing dari Indonesia, Pakistan, Myanmar, Bangladesh dan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Advertisements

Dr Zaini berkata, jumlah kes pada tahun ini juga lebih tinggi berbanding tempoh sama pada tahun 2020 iaitu 53 kes dan lebih rendah pada tahun 2019 dengan catatan 81 kes.

“67 peratus daripada kes adalah membabitkan industri perladangan, pembalakan dan kebun getah, selebihnya individu yang masuk ke hutan untuk rekreasi dan kerja sampingan serta penduduk di pinggiran hutan.

Dalam perkembangan sama, katanya, Kelantan masih mencatatkan sifar kes malaria manusia jangkitan tempatan atau dikenali sebagai Human Malaria Indigenous sejak 2018.

“Setakat ini, tiada kejadian wabak yang direkodkan di negeri Kelantan pada tahun 2022 berbanding dengan satu wabak sehingga tempoh yang sama tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata, tiada kematian kes malaria direkodkan di negeri itu.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan