30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Cadangan jadikan banjir tarikan pelancong tak masuk akal

Mesti Baca

CADANGAN Kerajaan Negeri Kelantan untuk menjadikan banjir pada musim tengkujuh sebagai tarikan pelancong ke negeri itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, banjir bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

“Aspek keselamatan rakyat, dengan air yang terlalu banyak, arus yang deras, kadar penglihatan yang terhad akibat air penuh, haiwan berbisa yang berada di dalam air.

“Aspek kesihatan rakyat, air banjir ini boleh membawa kepada penyakit bawaan air, kencing tikus, keracunan makanan dan macam-macam lagi dengan air kotor yang mungkin datang dari tempat kumbahan, tempat kandang haiwan dan sudah semestinya menjadi air yang kotor untuk kita,” katanya hari ini.

Beliau mengulas cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamarudin Md Noor yang berhasrat menjadikan banjir tahunan yang melanda negeri itu ketika musim peralihan monsun timur laut sebagai salah satu produk pelancongan.

Beliau seperti dilapor media sebagai berkata, usaha itu akan dibuat memandangkan Kelantan ‘sepi’ tanpa kehadiran pelancong bila tiba musim tengkujuh.

Advertisements

Katanya, walaupun menyedari bahawa banjir mampu menjejaskan banyak pihak, termasuk peniaga, inisiatif ini mungkin dapat membantu peniaga menjana pendapatan ketika banjir melanda.

Dr Akmal berkata, selain itu mangsa banjir, mereka sedang diduga dengan kerosakan harta benda, kehilangan orang tersayang sudah tentu banjir ini sedikit sebanyak memberi kesan emosi yang amat sensitif untuk mangsa banjir.

“Jadi untuk menganggap banjir ini sebagai promosi perlancongan bagi saya adalah perkara yang tidak masuk akal

“Banjir ini perlu dilihat bagaimana untuk membantu menyelesaikan permasalahan ini, bukannya mengambil kesempatan untuk bersuka ria diatas dugaan orang lain.

“Memang kita perlu berfikir di luar kotak, tetapi ia mesti tetap menggunakan otak bukan letak otak di luar kotak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan