30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Tayangan filem ‘Kahar: Kapla High Council’ tidak kena masa

Mesti Baca

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) berasaskan kesihatan mental belia, Empati menganggap tayangan filem Kahar: Kapla High Council tidak kena masanya ketika kes buli menjadi kebimbangan masyarakat.

Presidennya, Syahida Zulkarnain berkata, filem yang mula ditayang di pawagam mulai semalam, mempunyai babak seolah-olah mengagungkan budaya buli.

Beliau berkata, filem tersebut memaparkan sesi ‘perlawanan’ dan ‘ragging’ dengan menjadikan babak pergaduhan sebagai klimaks yang dinantikan oleh pelajar berkenaan.

“Babak seperti ini jelas mengagung-agungkan budaya buli. Kita tidak mahu babak seperti ini mula muncul sebagai realiti di alam persekolahan mahu pun universiti. 

“Betapa besar kesannya kepada pembentukan budaya buli yang seharusnya kita elakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Filem Kahar: Kapla High Council merupakan filem prekuel siri TV Projek: High Council dan merupakan sebuah krya arahan Razaisyam Rashid dan diterbitkan bersama oleh Astro Show, Pasal Productions dan Alpha 47 Films.

Advertisements

Syahida berkata, jika benar filem tersebut memberi pengajaran berhubung isu buli, mengapa perlu dihadkan kepada penonton berumur 18 ke atas sahaja.

Katanya, sekiranya mesej yang benar- benar ingin disampaikan kepada umum tentang kesan buli, mengapa mesej di dalam filem tersebut tidak boleh disampaikan kepada remaja yang sering menjadi sasaran pembuli.

“NGO Empati menyambut baik usaha beberapa pihak dalam industri hiburan untuk mengetengahkan isu-isu kesihatan mental termasuklah isu buli, di mana usaha ini dapat mengadvokasi kesedaran dengan lebih empati dalam kalangan masyarakat.

“Namun budaya mengagung-agungkan pembuli, bukanlah sesuatu yang wajar pada waktu ini, memandangkan masih ada ahli keluarga yang terkesan dengan isu buli, yang pastinya membenci budaya buli yang menghancurkan harapan satu keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, Syahida berharap penerbit filem tersebut dapat meneliti semula keputusan menayangkan babak filem tersebut kepada umum dengan mengambil kira kesan jangka panjang kepada budaya buli di Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan