27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Fame Up gagal serah waran tangkap Norjuma

Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CUBAAN peguam bagi pihak Fame Up Entertainment bersama pegawai mahkamah dan polis untuk menyerahkan sekali lagi waran tangkap ke atas usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed gagal selepas dia tiada di kediamannya hari ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Yasmin Abdul Razak berikutan Norjuma gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan.

Terdahulu pihak terbabit pergi ke dua kediamannya di sekitar Kuala Lumpur jam 11 pagi namun difahamkan Norjuma tiada di rumah.

Di satu lagi kediaman keluarga, hanya bapanya yang berada di rumah dan membenarkan pihak peguam dan polis masuk membuat pemeriksaan.

Baca juga:   Warga Felda istimewa, akan terus dijaga kerajaan - PM

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak ada di kediamannya hari ini.

“Kita akan menunggu arahan selanjutnya daripada mahkamah mengenai tindakan susulan selepas beliau masih gagal ditemui untuk penyerahan waran tangkap,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro Online.

Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri

PROGRAM Menu Rahmah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijangka akan dilaksanakan selepas Aidilfitri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

Lagi Artikel Berkaitan