30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di bawah seliaannya masih berkuat kuasa.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia selaras dengan peringatan yang telah dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, kesemua penjawat awam dan para pegawai masjid serta guru-guru perlu profesional dan mematuhi ketetapan serta arahan yang telah dikeluarkan.

“Sehubungan itu masjid, surau dan sekolah di bawah selia JAIS tidak dibenarkan dijadikan tempat berpolitik atau propaganda politik kepartian.

Advertisements

“Pegawai masjid, pentadbir surau dan ketua guru bertanggungjawab terhadap premis yang berada di bawah kawalannya dengan melaksanakan amanah ini dengan jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen politik kepartian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, sekiranya perkara berkaitan dilakukan, JAIS akan merujuk kepada undang-undang negeri yang ada untuk diambil tindakan.

Antaranya Seksyen 12 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, Garis Panduan Pelantikan, Penyambungan dan Penamatan Tauliah Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2006. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

SEORANG pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun semalam. MAS dalam satu kenyataan bagi mengesahkan perkara...

Lagi Artikel Berkaitan