27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

8,000 peserta dari 24 negara sertai Twincity Marathon 2024 

Mesti Baca

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan dengan lebih daripada 8,000 peserta daripada 24 negara menyertainya.

Twincity Marathon, sebuah acara larian yang telah dianjurkan selama sembilan tahun berturut- turut, kini memasuki tahun ke-10 untuk menuju jubli emas pada tahun depan.

Acara tahunan yang sering dinantikan itu dianjurkan oleh Ten Senses (M) Sdn Bhd, sekali lagi menyaksikan pelari-pelari berkumpul pada 28 April lalu di Persiaran Flora, Putrajaya.

Tahun ini buat pertama kalinya, Twincity Marathon telah berlangsung pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini bertujuan untuk meraikan semangat aidilfitri dan kebersamaan bersama pelari-pelari yang setia menyokong acara ini setiap tahun.

Seperti tradisi Twincity Marathon, setiap tahun peniaga tempatan dijemput untuk menyediakan hidangan di ‘booth’ yang disediakan dan disajikan secara percuma kepada peserta.

Advertisements

Lebih menarik, penganjur juga turut mengadakan rumah terbuka raya, lengkap dengan lemang dan hidangan raya yang disajikan kepada semua peserta pada hari berkenaan.

Twincity Marathon 2024 disertai oleh peserta dari negara termasuk Qatar, Brazil, Kenya, Hong Kong, Singapura, Brunei, United Kingdom, dan banyak lagi.

Pada tahun ini juga, acara larian menawarkan empat kategori yang berbeza iaitu 5km, 12km, 21km, dan 42km.

Ianya sesuai untuk keluarga yang ingin berlari secara santai dan pelari yang bersaing untuk mempertaruhkan rekod peribadi.

Pada acara berkenaan juga, Twincity Marathon memastikan terdapat sesuatu diberikan untuk setiap peserta yang mengikuti acara ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan