30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus – PM

Mesti Baca

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Perdana Menteri berkata, peningkatan gaji itu akan melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13 peratus dan tahun ini, saya akan mengumumkan kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus,” jelas beliau.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.

Jelasnya, perkara itu terkandung di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan ketika ini.

“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan. Saya setuju tidak munasabah.

“Sudah 12 tahun (tidak disemak) dan pimpinan silih berganti, belum ada kajian secara serius.

Advertisements

“Pada semua rakan termasuk Ketua Setiausaha Negara; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam, saya ucapkan terima kasih serta tahniah kerana bekerja bertungkus-lumus untuk membantu.

“Susah dan letih bagaimanapun, saya lega kerana kita tunaikan amanah ini kepada rakyat termasuk pekerja,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah bersetuju meminda Ordinan Buruh kedua-dua negeri.

Katanya, ia bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung dengan Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

Untuk rekod, pada Mei 2007, Malaysiakini melaporkan, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus bermula 1 Julai tahun tersebut.

Abdullah turut mengumumkan kenaikan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak 100 peratus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan