26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Masa depan negara cerah jika pekerja terus komited – Zahid

Mesti Baca

MASA depan negara akan lebih cerah jika semua pekerja di segenap sector memberikan komitmen dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana pekerja adalah tiang utama kemajuan negara dan segala usaha mereka yang Berjaya membentuk masa depan negara yang lebih baik perlu dihargai.

“Kita semua adalah pekerja, setiap daripada kita mempunyai peranan tersendiri dalam membangun dan memakmurkan negara ini.

“Walau apa jua sektor yang diceburi, sama ada di pejabat, kilang, ladang, perkhidmatan masyarakat atau di mana-mana sahaja, jika kita memberikan komitmen dan berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang pekerjaan masing-masing, saya yakin negara ini akan terus bergerak maju menuju masa hadapan yang lebih cerah,” katanya sempena Hari Pekerja yang disambut di seluruh negara hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sambutan Hari Pekerja diadakan bagi meraikan semangat, kerja keras, dedikasi dan sumbangan tak ternilai oleh setiap pekerja di seluruh negara.

“Selamat Hari Pekerja kepada semua! Terima kasih di atas ketabahan dan kesetiaan anda untuk kemakmuran negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi, luahan, aduan dan cadangan para pekerja di Malaysia untuk apa jua langkah penambahbaikan.

Katanya, memahami keluhan masyarakat berhubung kadar pendapatan, termasuklah had gaji minimum, jaminan pekerjaan, penelitian Akta Kerja 1955 bagi penyesuaian semasa, perlindungan sosial dan sebagainya, kerajaan akan terus komited meneliti dasar-dasar untuk membantu para pekerja yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan negara.

“Saya juga menyeru kepada semua pekerja agar sentiasa meningkatkan prestasi, ikhlas melaksanakan tugas kerana pekerjaan juga merupakan sebahagian daripada ibadah, seterusnya berikanlah yang sehabis baik untuk keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

“Selamat Hari Pekerja 2024 kepada seluruh warga pekerja di Malaysia. Khidmat bakti dan pengorbanan anda dalam membangunkan negara tidak ternilai harganya.

“Semoga setiap titik keringat dan usaha kita menyumbang kepada kesejahteraan rakyat, pembangunan negeri dan negara tercinta diberkati Allah SWT,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan