27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kemenangan BN bukti formula kerjasama diterima rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dengan majoriti selesa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima rakyat.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu juga membuktikan bahawa para pengundi di DUN berkenaan mahu kerajaan negeri Pahang yang diterajui oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terus stabil dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

“Wanita UMNO Malaysia mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam di atas kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

“Terima kasih kepada seluruh pengundi DUN Pelangai yang terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada calon Barisan Nasional untuk memberikan khidmat bakti kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Noraini berkata, Wanita UMNO Malaysia juga ingin menzahirkan terima kasih kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus berkempen untuk memastikan kemenangan tersebut.

Semalam, Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong itu menang dengan majoriti 2,949 undi apabila meraih 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat (4,375 undi) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni (47 undi).

PRK berkenaan diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN selepas Johari, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan