30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Putera Mateen bakal berkahwin Januari 2024

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan, lapor portal berita RTB Brunei.

Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei, memetik laporan Astro AWANI.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.

Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari.

Advertisements

Acara puncak istiadat perkahwinan selama 10 hari ini merupakan Majlis Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja ini kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam 15 Januari.

Sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah memenangi dua pingat gangsa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan