25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Dua pelajar Malaysia maut di New Zealand dikenal pasti

Mesti Baca

DUA orang pelajar warganegara Malaysia disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand, hari ini.

Mereka ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa yang kedua-duanya merupakan pelajar University of Canterbury.

Bernama melaporkan, jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berkata, tiga yang cedera ialah Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton juga pelajar dari universiti sama manakala Muhamad Faris Mohd Fairusham dari Victoria University Wellington.

Mereka yang cedera telah diterbangkan menggunakan helikopter ke Hospital Christchurch, South Island untuk mendapatkan rawatan segera.

Sebelum ini, Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, kemalangan yang melibatkan lima orang pelajar Malaysia itu berlaku pada pukul 1.45 petang waktu tempatan.

Wisma Putra berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga.

“Ia bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

Advertisements

“Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

“Kementerian Luar juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, media tempatan, Stuff melaporkan tiga individu disahkan maut dan lima lagi dimasukkan ke hospital selepas berlaku kemalangan antara dua kenderaan dan sebuah motosikal di State Highway 8 berdekatan Tasik Pukaki.

Laporan yang memetik pegawai polis tempatan, Craig McKay itu memberitahu, mangsa yang maut itu adalah seorang penunggang motosikal, sementara dua lagi bersama dalam sebuah kereta.

Nahas tersebut merupakan satu daripada dua di jalan sama dalam tempoh kurang daripada dua jam dengan lebih 20 individu terlibat dalam dua kejadian berasingan itu.

Kemalangan sebelum itu berlaku antara Jalan Hayman dan Jalan Terusan Tekapo kira-kira pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan