POLIS berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah terbesar dari Pantai Timur dan menangkap empat lelaki Melayu berusia 23 hingga 40 tahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kejayaan itu hasil beberapa siri serbuan dan pemeriksaan di Selangor, Terengganu dan Kedah.
Beliau berkata, polis juga berjaya dadah jenis Methamphetamine seberat 312.7 kilogram yang dianggarkan bernilai RM10.3 juta.
“Pihak polis turut menyita kenderaan, wang tunai dan barang kemas bernilai RM272,926.70,” katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
Kok Chin berkata, sindiket yang mula aktif sejak awal Oktober 2023 itu menggunakan taktik menyeludup masuk dadah dari negara jiran ke negara ini melalui jalan darat dengan menggunakan kenderaan yang telah diubah suai.
Bekalan dadah ini, katanya, adalah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yg boleh digunakan untuk seramai 1.6 juta penagih dadah.
Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan kesemua suspek direman selama hari bagi membantu siasatan.
“Pihak polis akan meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas untuk dibawa muka pengadilan,” katanya.
JSJN berharap masyarat akan terus berkerjasama dalam membanteras musuh nombor satu negara dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah di kawasan anda melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222. – Edisi 9

