26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Sultan Pahang titah semua masjid adakan solat istisqa’

Mesti Baca

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya semua masjid di negeri itu melaksanakan solat istisqa’ memohon diturunkan hujan dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, baginda bertitah masjid melaksanakan solat istisqa’ itu selepas meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino pada Khamis lepas.

Beliau berkata Sultan Abdullah juga telah mendapat makluman terdapat beberapa kejadian kebakaran hutan di negeri ini berikutan fenomena tersebut.

“Fenomena El Nino menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering yang boleh menyebabkan kesan sampingan dan risiko mengalami dehirasi dan strok haba.

Advertisements

“Fenomena ini juga boleh menyebabkan krisis bekalan air, kebakaran hutan dan penyakit berkaitan jerebu.

“Sehubungan dengan itu, Ke bawah Duli Paduka Baginda Tuanku menasihatkan rakyat Pahang Darul Makmur khususnya agar meminum air secukupnya selepas berbuka puasa dan mengehadkan aktiviti di luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata baginda juga turut menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam penggunaan air dan bagi mereka yang mengalami penyakit kesan daripada fenomena ini, perlu berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan