27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Istana ‘berhantu’ bakal menjadi kunjungan orang ramai

Mesti Baca

SELEPAS dibiarkan lebih tiga dekad lalu, Istana Al Qasimi Jinn yang terletak di Ras Al Khaimah, Dubai, Emeriyah Arab Bersatu sudah menjalani proses pembaikan namun diselubungi pelbagai cerita mistik di sebaliknya.

Akhbar The Sun melaporkan, istana empat tingkat itu asalnya didiami oleh Sheikh Abdulaziz Humaid Al Qasimi dan keluarganya sebelum mereka melarikan diri pada hari sama berpindah akibat ketakutan.

Dihiasi dengan lantai marmar, lampu gantung kaca dan pelbagai karya seni, istana 35 bilik tidur itu diukir dengan teliti selama 15 tahun bagi mengingati Sheikh Al Qasimi.

Istana yang siap dibina pada 1985 itu dianggarkan bernilai AS$135 juta (kira-kira RM638 juta) dan harga pasaran semasa AS$402 juta (kira-kira RM1.9 bilion).

Menurut legenda, pada hari Sheikh Al Qasimi berpindah masuk, dia mengalami detik menyeramkan apabila perabot terbang melintasi bilik, wajah-wajah muncul di tingkap dan pada dinding dan objek hilang tanpa sebab.

Disebabkan itu, dia segera melarikan diri dan percaya bahawa roh ghaib sedang berkeliaran dalam istana tersebut.

Pasukan paranormal dari seluruh dunia mengembara untuk melawat istana itu.

Seorang daripadanya, Anjaly Thomas berkata, dia mendengar jeritan terpancar keluar dari istana tersebut.

Selepas bertahun-tahun tidak berpenghuni, istana itu meninggalkan kesan tapak kaki dalam debu, kaca pecah bertaburan, patung pecah, dan perabot terbalik.

Potret gadis yang tergantung di dinding seolah-olah memerhatikan setiap pergerakan Anjaly, perabot menjadi semakin tidak menentu dan kemudian terdapat ruang bawah tanah di mana perkataan “gooooo” ditulis dengan warna merah darah di dinding.

Advertisements

Selain paranormal, pengamal perubatan turut dipanggil untuk mendoakan roh yang tidak diingini.

Mereka membuang potret wanita, lelaki dan haiwan yang menghiasi dinding kerana mereka menyangka bahawa itu adalah gambaran bentuk hidup yang menarik jin.

Istana itu kemudiannya mempunyai pemilik baharu sejak beberapa tahun lalu iaitu Tareq Al Sharhan.

Dia mahu orang ramai melihat istana seperti yang dimaksudkan pada asalnya sebagai tempat yang istimewa, artistik dan indah.

“Pada 1980-an, ini adalah sesuatu yang sangat istimewa. Saya fikir saya boleh menukar ceritanya kepada sesuatu yang lebih baik, sesuatu budaya, sesuatu untuk pelancong,” katanya.

Tiga puluh lima bilik itu mempunyai lukisan dan arca mahal yang dikembalikan kepada mereka, 40 lampu kristal dipulihkan, jubin dinding Maghribi dicat semula dan disematkan semula serta barang antik dari seluruh dunia.

Walaupun Al Sharhan tidak mendedahkan berapa banyak kos baik pulih istana itu, dia berkata harga itu berbaloi.

Sejak pembukaan semula istana itu, ia menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di Ras Al Khaimah.

Terdapat rancangan untuk mengubahsuainya lagi, yang membawa kepada beberapa spekulasi bahawa orang ramai mungkin boleh tinggal di salah satu bilik istana itu pada masa akan datang. -Agensi

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan