25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia akan mohon lanjut tempoh pinjam panda gergasi

Mesti Baca

MALAYSIA akan menghubungi kerajaan China untuk berbincang mengenai keperluan melanjutkan tempoh pinjaman panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang yang berakhir tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya yakin hubungan yang baik antara kedua-dua negara dapat membantu usaha untuk melanjutkan tempoh pinjaman haiwan berkenaan di Zoo Negara.

“Saya akan berbincang dengan kerajaan China terutama Presiden, Xi Jinping untuk melihat beberapa mekanisme sama ada kita boleh melanjutkan tempoh panda tinggal di Malaysia.

“Hubungan baik antara dua negara menjadikan saya optimistik mereka akan mempertimbangkan perkara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60 Zoo Negara, hari ini.

Menjawab kenyataan sesetengah pihak yang menganggap kos memelihara panda gergasi itu mahal dan membazir Anwar berkata, kerajaan tidak membayar harga panda gergasi berkenaan.

“Kita tidak bayar harga panda itu, cuma penyelenggaraan. Kalau ada kesediaan, ditanya orang ramai antara berkunjung ke Zoo Negara nak lihat panda.

Advertisements

“Bagi rakyat kebanyakan, dia merasakan ini sahaja peluang sekali seumur hidup melihat panda.

“Saya pertimbang dari segi itu. Memang saya tahu kadang-kadang kos penyelenggaraan, pengurusan, makanan, penjagaan dia agak mahal. Tapi, inilah belanja yang boleh menyenangkan pengunjung, jadi kita kena lihat dari segi itu,” katanya.

Terdahulu, pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dipinjamkan untuk tempoh 10 tahun sejak Mei 2014.

Xing Xing dan Liang Liang memiliki tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Januari 2018) dan Sheng Yi (30 Mei 2021).

Anak panda, Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 2017 manakala Yi Yi dan Sheng Yi pada Ogos tahun lalu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan