24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Imran Ajmain nafi bermasam muka dengan Fazley

Mesti Baca

PENYANYI asal Singapura, Imran Ajmain menafikan dirinya bermasam muka dengan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob seperti yang didakwa.

Imran, 42, berkata, persahabatan mereka yang dilihat seperti  ‘renggang’ itu kerana dia mahu fokus dengan kerjaya sendiri selepas mendapat tawaran sebagai pengarah di Persatuan Komposer dan Penulis Singapura (Compass).

“Saya tidak ada masalah dengan Fazley. Saya berhenti secara baik kerana mahu mengejar impian dan fokus mengembangkan kerjaya nyanyian saya.

“Tambahan pula tawaran yang saya terima itu memerlukan saya lebih banyak masa di Singapura dan ia adalah peluang yang sudah lama saya nantikan kerana saya juga lebih dekat dengan ibu yang seorang diri sejak ketiadaan bapa pada 2013 lalu.

“Fazley juga menyokong keputusan saya dan akur rezeki saya di tempat lain,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Padam dan Pergi serta Konsert Malam Seribu Tahun, semalam.

Imran berkata, selepas 15 tahun bersama Suka Sucre dia sedikitpun tidak menyesal kerana turut berpeluang menimba lebih banyak pengalaman dalam bidang pemasaran.

Advertisements

“Saya akui kerjaya saya tidak berkembang selama bersama Suka Sucre kerana terikat namun saya gembira masih berpeluang melakukan perkara yang saya minati iaitu bidang pemasaran dan komunikasi.

“Saya sudah lakukan yang terbaik dan banyak produk yang keluar dari hasil titik peluh saya.

“Banyak produk yang keluar dan terhasil melalui cetusan idea saya sendiri. Bila rezeki lain datang untuk saya seorang, saya rasa rugi jika tidak ambil.

“Pada usia sekarang saya tidak boleh menolak tawaran menarik yang diberikan kerana peluang tidak akan selalu datang,” katanya.

Terdahulu, timbul gosip mengatakan persahabatan akrab antara Fazley dan Imran mengalami masalah, selepas kedua-dua mereka tidak lagi dilihat bersama seperti sebelum ini.

Namun begitu, Fazley yang ditemui media baru-baru ini, turut menegaskan hubungannya dengan Imran masih baik meskipun sudah tidak bekerja bersama lagi sekali gus menafikan dakwaan yang tersebar. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan