31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Polis, Imigresen gempur Pasar Borong Selayang 108 PATI ditahan

Mesti Baca

SERAMAI 108 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan di Pasar Harian Selayang, Selangor, awal pagi tadi.

Menerusi Op Taring II itu, seramai 465 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) menyertai serbuan termasuk Jabatan Imigresen (JIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi yang bermula jam 3 pagi tadi bertujuan membanteras pelbagai jenayah yang berlaku di sekitar kawasan terutama membabitkan PATI.

Katanya, operasi berkenaan turut memfokuskan kepada membanteras sebarang aktiviti tidak sihat.

“Ekoran serbuan dibuat, seramai 213 warga asing diperiksa dan mendapati 108 daripadanya adalah PATI. Kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.

Advertisements

“Antara yang ditahan adalah warga Bangladesh (7), Indonesia (52), Myanmar (35), Nepal (1), India (12), dan Pakistan (1),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan diserahkan kepada JIM di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan lebih masa.

Tegas beliau, pihak polis serta agensi lain akan terus menjalankan operasi khas seperti ini pada masa akan datang.

“Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan yang mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing kepada pihak polis,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan