25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PM umum peruntukan RM5 juta untuk kelangsungan Zoo Negara

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi mendukung kelangsungan Zoo Negara.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga akan mengumpul dana tambahan sebanyak RM5 juta lagi daripada golongan konglomerat dan syarikat-syarikat swasta bagi tujuan tersebut.

Beliau berkata, kelangsungan Zoo Negara amat penting sebagai usaha mengimbangan antara manusia, haiwan dan alam sekitar sepertimana ditekankan dalam al-Quran yang menuntut kita memeliharan dan memastikan keseimbangan tersebut tidak dirosakkan.

“Jika bukit-bukau dirobohkan kerana kerakusan manusia atau haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak dipelihara hingga pupus, pasti ia mengundang malapetaka pada manusia.

“Kerana itu gagasan Madani menekankan konsep ihsan, kasih sayang dan manusiawi,” katanya ketika meraikan sambutan Ulang Tahun Ke-60 Zoo Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Hadir sama, isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizah Ismail serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar berkata, beliau menghargai badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan Zoo Negara dengan penuh kecintaan dan memastikan haiwan serta tumbuh-tumbuhan di sini diurus dengan baik sejak puluhan tahun lalu.

Perdana Menteri turut menyarankan agar para pelajar yang datang ke Zoo Negara tidak hanya sekadar datang berkelah.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk mengembangkan budaya ilmu dengan membawa buku nota atau gajet untuk mencatat penerangan berkaitan haiwan-haiwan di sini.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan