27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

UPSI, KKM bangun modul pemakanan kanak-kanak

Mesti Baca

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membangunkan Modul Status Pemakanan Kanak-kanak di negara ini.

Ia hasil usaha bersama Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI dan Bahagian Pemakanan KKM.

Pengarah NCDRC UPSI, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa berkata, kedua-dua pihak telah menyusun langkah-langkah terperinci dengan mengenal pasti keperluan pembangunan sistem bagi membangunkan modul tersebut.

Beliau berkata, modul yang dibangunkan itu akan menjadi teras pemantauan status pemakanan kanak-kanak termasuk Indek Jisim Tubuh (BMI), Berat untuk Umur (Wt:Age), dan Tinggi untuk Umur(Ht:Age) dengan memanfaatkan data berat serta tinggi yang dikemas kini oleh pihak taman asuhan kanak-kanak (TASKA).

“Inisiatif kerjasama ini bukan sahaja mencerminkan kesungguhan KKM dan NCDRC dalam menangani masalah malpemakanan kanak-kanak, tetapi juga menjadi satu langkah penting ke arah masa depan yang lebih cerah.

“Modul Status Pemakanan yang sedang dibangunkan dijangka menjadi pemangkin kepada sistem pemantauan kanak-kanak yang canggih, membantu KKM dalam menentukan program intervensi yang lebih tepat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, NCDRC dan KKM turut merancang fungsi dan ciri-ciri modul yang akan memastikan pemantauan intervensi yang lebih holistik serta efektif terhadap masalah pemakanan kanak-kanak.

Kata Mazlina, kerjasama itu juga menitikberatkan reka bentuk antaramuka modul, memastikan penggunaan yang intuitif dan mesra pengguna bagi Pegawai Sains Pemakanan di Pusat Kesihatan Daerah.

Jelas beliau, hal ini dapat membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemantauan serta intervensi awal terhadap tumbesaran kanak-kanak.

“NCDRC dan KKM turut merancang pelbagai cara pengujian bagi memastikan Modul Status Pemakanan yang disediakan  berfungsi dengan baik dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.

“Langkah ini menjamin keberkesanan dan ketepatan modul sebelum diintegrasikan dalam Sistem NCDC,” kata beliau.

Katanya, dengan penggunaan Modul Status Pemakanan, kanak-kanak di Malaysia memperoleh pemantauan berkualiti tinggi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang optimum demi masa depan kanak-kanak yang lebih sejahtera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan