26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Keserasian BN-PH perlu dipamer di peringkat akar umbi – Zahid

Mesti Baca

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu melihat keserasian di antara kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak hanya kelihatan dalam kalangan ahli politik.

Sebaliknya beliau yang juga Pengerusi BN berkata, keserasian tersebut mesti dipamerkan oleh akar umbi di peringkat bahagian dan cawangan.

Beliau berkata, keikhlasan dan keserasian itu telah diterjemahkan oleh kepimpinan negeri Perak yang diketuai Datuk Saarani Mohamad dan dibantu oleh kepimpinan BN dan PH lain dalam memajukan serta mensejahterakan negeri tersebut.

“Empat belas bulan kerajaan Madani sememangnya telah melalui liku-liku yang sukar dan banyak yang telah kita tempuhi bersama sebagai sebuah kerajaan.

“Alhamdulillah, dengan keikhlasan yang terbit seperti di negeri Perak ini, banyak pencapaian besar yang telah dapat dilakukan bersama,” kata beliau semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan peringkat Negeri Perak di Ipoh, malam tadi.

Advertisements
Para pemimpin Kerajaan Perpaduan Negeri Perak semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan Perpaduan perlu menyelaraskan satu matlamat yang sama agar dapat menyelesaikan sebarang konflik serta perbezaan pendapat dengan harmoni dan berpadu.

Sebagai contoh, katanya, dapatan ekonomi Perak telah berjaya mengutip hasil negeri sebanyak RM1.21 billion tahun 2023 dan merupakan angka tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah negeri ini.

“Kerajaan yang stabil memberi keyakinan kepada dunia dan membolehkan semua perancangan kerajaan berjalan dengan lancar.

“Kerajaan yang stabil membolehkan kita ada ‘political will’ untuk buat keputusan yang sukar demi kelangsungan anak-anak kita di masa hadapan,” katanya.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi PH serta pemimpin-pemimpin parti komponen Kerajaan Perpaduan negeri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan