26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bayaran STR RM500 diharap dapat ringankan beban rakyat – PM

Mesti Baca

PEMBAYARAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini sebanyak RM500 yang mula didepositkan kepada mereka yang layak mulai hari ini diharap dapat meringkankan beban rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran bagi fasa pertama STR 2024 itu dinaikkan daripada RM300 tahun lalu kepada RM500 bagi setiap isi rumah, peningkatan sebanyak 66 peratus.

Beliau berkata, beliau akur bahawa kesulitan akibat kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat.

“Kerajaan MADANI beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah.

“Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Advertisements

Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.1 bilion bagi pembayaran STR fasa pertama sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah, yang bayarannya akan dibuat mulai 29 Januari.

Katanya, jumlah tersebut meningkat sebanyak 26 peratus berbanding RM1.67 bilion lalu ekoran langkah kerajaan menaikkan bayaran STR berbanding RM300 bagi setiap isi rumah tahun lalu.

Menurut MOF, setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024 dan angka tersebut dijangka bertambah kepada hampir 9 juta tahun ini.

Katanya, hal ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan