25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

RM2.1 bilion diperuntuk bagi STR Fasa 1, naik 26 peratus – MOF

Mesti Baca

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM2.1 bilion bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah, yang bayarannya akan dibuat mulai 29 Januari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 26 peratus berbanding RM1.67 bilion lalu ekoran langkah kerajaan menaikkan bayaran STR berbanding RM300 bagi setiap isi rumah tahun lalu.

Menurut MOF, setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024 dan angka tersebut dijangka bertambah kepada hampir 9 juta tahun ini.

Katanya, hal ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

“Mulai Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing,” kata MOF dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, MOF yang memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia selaras dengan pendekatan Ekonomi Madani untuk ‘meninggikan lantai’ dari segi kualiti hidup rakyat.

“Setiap kali saya ketemu rakyat, perihal utama diutarakan adalah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan.

“Saya akur akan keperitan ini, justeru Kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan Kerajaan dapat dipertingkat dengan lebih ketara agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat di belakang di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI,” kata Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan