31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Cincin jed bernilai setengah juta ringgit terjatuh dalam parit

Mesti Baca

SEBENTUK cincin bertatahkan permata jed bernilai satu juta yuan (kira-kira RM666,345) hilang selepas terjatuh ke dalam parit, dari tingkat sembilan sebuah bangunan di China, baru-baru ini.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan cincin itu terlepas daripada jari pemiliknya ketika dia cuba merakamnya dalam cahaya semula jadi di tepi tingkap, menurut anaknya yang berkongsi maklumat itu di Douyin.

Difahamkan, cincin itu ingin dihadiahkan pemiliknya kepada bakal menantunya pada hari perkahwinan anaknya, tidak lama lagi.

Tanpa berlengah, lelaki yang cemas itu segera mengupah pasukan penyelamat untuk mencari cincin itu.

Seorang ahli pasukan, bernama Fan berkata, dia dan rakan sekerjanya masing-masing dibayar 500 yuan sehari (kira-kira RM333) untuk mencari barang kemas itu.

Advertisements

Pencarian mengambil masa lebih 72 jam dan menarik ratusan penonton.

Penduduk wilayah Guangdong di tenggara China, terpaksa ‘menahan nafas’ selama tiga hari ketika kerja mencari cincin itu dilakukan di parit berkenaan.

Cincin itu ditemukan pada hari keempat dan penemuan itu disambut dengan sorakan, malah pemiliknya yang teruja menyalakan bunga api untuk meraikannya.

Sementara itu, jawatankuasa kejiranan berkata, kerja-kerja penyahcairan dijalankan di parit itu untuk memudahkan proses pencarian cincin berkenaan.

Pemiliknya berkata, cincin itu lebih bermakna daripada wang dan dia sangat gembira barang kemas itu ditemukan dalam keadaan sempurna. -Agensi

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan