33.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

MKM Travel tawar peluang tunai haji secara percuma

Mesti Baca

SYARIKAT pelancongan MKM Ticketing, Travel & Tours Sdn Bhd (MKM Travel) menawarkan peluang menunaikan ibadah haji secara percuma bagi musim haji tahun ini.

Pengarah Strategik MKM Travel, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, ia juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada syarikat berkenaan.

Katanya, tajaan menunaikan rukun Islam kelima itu akan diberikan kepada tiga jemaah yang telah terpilih menunaikan haji bagi musim haji 1445H/2024M kali ini.

“Kami sedang mencari tiga jemaah yang telah terima tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (TH) tahun ini untuk mengerjakan haji secara percuma bernilai RM50,000 setiap orang bersama MKM Travel.

Advertisements

“Bukan itu sahaja, MKM Travel juga mahu menaja ‘wang naik haji’ untuk lima orang lagi jemaah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MKM Travel diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai syarikat pelancongan berlesen serta telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011.

MKM Travel juga adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan visa umrah dan juga mempunyai lesen haji daripada Lembaga Tabung Haji atau disebut sebagai ‘Pengelola Jemaah Haji (PJH)’ bagi menguruskan jemaah haji Malaysia.

Abdul Hadi berkata, menerusi tajaan pertama kali ditawarkan syarikatnya itu, individu yang mahu merebut peluang yang mungkin datang hanya sekali seumur hidup itu boleh melayari akaun Facebook MKM Travel sebelum tarikh tutup penyertaan pada 30 Januari ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lagi anak Malaysia bakal catat nama pendaki puncak tujuh benua

SEORANG lagi anak Malaysia bakal mencatat nama sebagai Pendaki Tujuh Puncak Tertinggi Tujuh Benua Dunia jika berjaya menamatkan pendakian...

Lagi Artikel Berkaitan