31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dua beradik lelaki mati lemas dalam parit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemui lemas dalam parit tidak jauh dari rumah mereka di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis, Perak petang semalam.

Kedua-dua mangsa ditemukan oleh abang sulung yang berusia 10 tahun sebelum memberitahu ibunya yang kemudian meminta bantuan orang ramai.

Difahamkan mangsa keluar bermain berdekatan rumah pada pukul 5 petang ketika ibu mereka sedang memasak sebelum wanita itu meminta anak sulungnya mencari mereka setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Semasa polis tiba mayat dua kanak-kanak itu telah dibawa ke rumah oleh petugas Klinik Kesihatan Pantai Remis.

“Pemeriksaan mereka mengesahkan kematian dua kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Nor Omar memaklumkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Jelas beliau lagi, setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan