26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Malaysia, Thailand setuju tubuh jawatankuasa khas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi membincangkan perkara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal lain berkaitan cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Bangkok-Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata jawatankuasa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Thailand.

Terdahulu, beliau yang berada di Singapura atas jemputan kerajaan negara itu mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Saksayam Chidchob.

“Susulan daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand pada Februari 2022, kami seperti mana yang diamanahkan oleh kedua-dua Perdana Menteri, buat kali pertama memulakan perbincangan tentang cadangan projek kereta api kelajuan tinggi (HSR) dari Bangkok ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya.

Pada 26 Februari lalu, Malaysia dan Thailand dilaporkan bersetuju untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan jajaran HSR di antara Kuala Lumpur dengan Bangkok.

Wee turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Saksayam atas kerjasama Thailand dalam melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara kedua-dua negara pada pertengahan Mac 2022 walaupun untuk tempoh singkat sebelum sempadan Malaysia dibuka semula mulai 1 April, 2022.

“Malaysia dan Thailand akan terus berkerjasama untuk memulihkan sektor penerbangan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan