25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Budak jatuh dari tingkat 16 ada unsur cuai, abai – Polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, ibu mangsa yang juga seorang ibu tunggal dikatakan tiada di rumah kerana keluar atas satu urusan dan mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki yang berusia empat tahun bersama ibu saudara berusia 36 tahun.

Memetik laporan BH Online, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil di tepi tingkap.

“Ketika kejadian, mangsa dalam jagaan ibu saudaranya. Kita percaya mangsa terjatuh daripada tingkap kediaman mereka.

“Siasatan mendapati tingkap berkenaan tidak dipasang jeriji, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan oleh polis daerah Gombak,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001, kerana ada kaitan dengan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Advertisements

Kejadian itu juga adalah yang kedua berlaku membabitkan kanak-kanak jatuh dari kondominium di Lembah Klang, dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini.

Kejadian dilaporkan kepada pihak polis pada jam 2.41 petang selepas mayat mangsa ditemui seorang kakitangan pengurusan di kawasan koridor di tingkat lapan kondominium terbabit.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dipetik sebagai berkata ketika kejadian, bapa mangsa yang berusia 35 tahun keluar untuk membeli barang dan mangsa ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan dalam keadaan pintu rumah berkunci.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan