34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kes sembuh, kes aktif catat pertambahan – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES sembuh negara mencatatkan pertambahan dengan sejumlah 4,743  kes dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh dicatatkan sebanyak 2,466,523.

Sementara, sebanyak 68 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 29,837 kes manakala, sebanyak 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 6,036 kes.

Advertisements

Sementara itu, pesakit aktif terus bertambah  dengan sebanyak 1,477 kes dilaporkan menjadikan jumlah terkini sebanyak 66,793 kes.

Ia melibatkan 52,235 kes (78.2 peratus) dikuarantin di rumah dan 8,242 kes (12.3 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Sementara, 5,780 kes (8.7 peratus) di hospital, 285 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 251 (0.4 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan