Sunday, July 19, 2026

Pegawai imigresen Kluang lulus permohonan pas tak ikut peraturan

EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan syor tindakan tatatertib dikenakan ke atas pegawai berkenaan.

Mesti Baca

SEORANG pegawai imigresen di Cawangan Kluang, Johor didapati cuai apabila meluluskan pembaharuan pas seorang bukan warganegara tanpa kebenaran pasangan warganegara Malaysia, sehingga melanggar prosedur ditetapkan.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam memaklumkan, hasil siasatan mendapati pegawai terbabit gagal mengesahkan kehadiran pasangan pemohon yang merupakan rakyat Malaysia, sebaliknya mencatatkan minit tidak tepat mengenai kehadiran tersebut.

“Tindakan itu telah menyebabkan permohonan pas berkenaan diluluskan tanpa mengikut peraturan yang sepatutnya,” jelas EAIC dalam kenyataan hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan dijalankan di bawah subseksyen 27(4), Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Berikutan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan syor tindakan tatatertib dikenakan ke atas pegawai berkenaan.

“Tindakan dicadangkan mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, atas kesalahan cuai melaksanakan tugas sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(2)(j),” tambah kenyataan itu. — Edisi 9

Terkini

Layan ‘final’ Piala Dunia dan Semarak Subuh bersama TPM

PASUKAN mana pilihan anda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi ini? Sepanyol atau Argentina? Para peminat bola sepak,...

Lagi Artikel Berkaitan