30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Nahas Hawk: Yakin kerajaan akan bantu keluarga perwira – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan kerajaan akan membantu keluarga perwira negara yang terbabit dalam insiden pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang semalam.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga menyatakan keyakinan kerajaan juga akan menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.

“Saya sangat terkejut menerima berita insiden pesawat Hawk milik TUDM kita semalam. Salam Takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

“Mari kita panjatkan doa agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan di atas pemergian wira kita ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ahmad Zahid juga mendoakan agar Mejar Mohd Fareez Omar yang mengalami kecederaan dan dirawat di hospital akan dikurniakan kesembuhan dengan segera.

Semalam, seorang anggota TUDM maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden melibatkan pesawat pejuang Hawk 108 yang dipercayai terhempas kira-kira pukul 10.07 malam.

Pesawat itu terhempas ketika sedang melakukan latihan penerbangan di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang.

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.

Menurut Hishammuddin, beliau telah meminta Lembaga Siasatan Khas untuk menjalankan siasatan segera berhubung punca insiden tersebut.

Beliau juga meminta Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara untuk maklumkan kepada orang ramai apa jua perkembangan terbaharu berhubung insiden tersebut.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan