26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

Insiden pesawat Hawk: Jangan ada pihak keruhkan keadaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden pesawat pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang semalam.

Memetik laporan Utusan Online, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah meminta Lembaga Siasatan Khas untuk menjalankan siasatan segera berhubung punca insiden tersebut.

Beliau juga meminta Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara untuk maklumkan kepada orang ramai apa jua perkembangan terbaharu berhubung insiden tersebut.

“Kita berharap tidak mahu mana-mana mengambil kesempatan untuk mengelirukan dan mengeruhkan keadaan ekoran insiden tersebut.

“Saya terkejut, berasa dukacita dan amat sedih dengan kejadian ini. Tetapi, saya telah mengarahkan kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk hulurkan apa jua keperluan kepada kedua-dua pegawai terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Melaka, hari ini.

Baca juga:   Harga barang melambung: Masih berfungsikah KPDNHEP?

Semalam, seorang anggota TUDM maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden melibatkan pesawat pejuang Hawk 108 yang dipercayai terhempas kira-kira pukul 10.07 malam.

Pesawat itu terhempas ketika sedang melakukan latihan penerbangan di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang.

Hishammuddin kemudian menambah, sebarang keputusan lanjut berhubung penggunaan pesawat Hawk ekoran insiden berlaku di Pulau Pinang itu adalah bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan.

Baca juga:   Pocong 'prank' pemandu, lori masuk parit

Beliau berkata, keputusan berkenan adalah perlu datang daripada ATM dan TUDM dan bukannya daripada beliau.

“Itu berkisar kepada siasatan dibuat. Sebelum ini pernah berlaku semasa saya Menteri Pertahanan ketika dahulu di mana satu insiden berkaitan satu pesawat.

“Keputusan ketika itu ground (gantung) semua pesawat. Itu bukan keputusan saya, tetapi daripada ATM dan TUDM. Untuk berikan penjelasan, kita serahkan kepada mereka yang mengetahuinya,” jelas beliau.

Malah Hishammuddin menambah, sebarang perancangan pembelian aset dan pesawat adalah mengikut seperti mana dasar kerajaan pada selama ini.

Beliau menambah, insiden yang berlaku itu tidak menuntut bagi kerajaan membuat perancangan berbeza seperti mana telah diumumkan di Parlimen dan dasar-dasar pertahanan kerajaan.

“Sama ada memerlukan pesawat baharu atau memerlukan peruntukan untuk penyelenggaraan ianya mesti datang daripada kehendak TUDM sendiri.

“Kita bukan pakar, akhirnya pada terletak pada bahu TUDM sendiri untuk memastikan aset sedia ada adalah selamat menjalankan apa ditetapkan bagi memastikan negara selamat,” katanya.

Baca juga:   Covid-19: Hong Kong henti penerbangan dari Malaysia

Jelas beliau lagi, terserah kepada pihak berkaitan untuk melihat keutamaan sama ada ingin membeli aset baharu atau menggunakan peruntukan untuk menyelenggara pesawat sedia ada khususnya dalam suasana Covid-19 pada hari ini.

-EDISI9

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan