26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

LIMA kembali berlangsung 23-27 Mei 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAMERAN Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) akan berlangsung di Langkawi pada 23 hingga 27 Mei tahun hadapan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan supaya ia dapat dianjurkan kembali ialah berdasarkan aspek kejayaan penganjuran Defence Services Asia (DSA) pada Mac lalu serta ketersediaan negara selepas memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

“Saya gembira hari ini kerana susulan daripada kejayaan DSA pada tahun ini kita tidak ada sebab untuk tidak menganjurkan LIMA ’23.

“Jadi, persiapan awal dengan pra-pelancaran hari ini merupakan sesuatu yang menunjukkan bahawa bukan sahaja kita serius dan komited tetapi pada masa yang sama kita buat persiapan lebih awal,” katanya ketika sidang akhbar majlis pra-pelancaran LIMA ’23 di Auditorium Kementerian Pertahanan di sini hari ini, lapor Kosmo!.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sementara itu Hishammuddin berkata, LIMA edisi kali ini amat dinantikan bukan sahaja oleh Malaysia selaku penganjur, tetapi juga pempamer, delegasi antarabangsa dan orang awam memandangkan kali terakhir ia diadakan pada tahun 2019.

“Saya juga lihat masanya adalah tepat dan sesuai kerana kita terpaksa berada dalam keadaan ‘lockdown’ selama dua tahun kerana Covid-19, sekarang ini sempadan juga telah dibuka dan usaha merancakkan ekonomi kita dan sektor-sektor tertentu merupakan keutamaan kerajaan pada hari ini.

“Mengambil kira maklum balas semasa yang Malaysia terima dari rakan antarabangsa setakat ini, dijangka berlaku peningkatan seterusnya berpotensi menjadikan jumlah pempamer, astaka negara terbabit, pelawat perdagangan dan awam, tetamu serta aset di LIMA ’23 sebagai yang terbesar pernah direkodkan,” ujarnya.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan