27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ruang solat tertinggi di dunia menghadap Kaabah dibuka

Mesti Baca

RUANG solat tertinggi di dunia dengan pemandangan jelas menghadap Kaabah dan Masjidilharam telah dibuka di sebuah hotel mewah di Jabal Ommar, Mekah.

Dikenali sebagai Sky Mussallah atau Musala di Langit, ruang solat itu terletak dalam jambatan penghubung antara dua bangunan pada ketinggian 483 meter dari paras laut.

Menurut laporan Arab News, ruang solat tertinggi di dunia itu yang direkodkan dalam buku Rekod Dunia Guinness menghubungkan menara berkembar hotel di tingkat 36, 37 dan 38.

Lebih menarik lagi, setiap jemaah atau pelancong boleh mendengar laungan azan dan solat dengan jarak yang cukup dekat dengan Masjidilharam.

Menerusi kenyataan pihak hotel, ruang solat itu memiliki keluasan 550 meter persegi yang mana boleh menampung sehingga 520 jemaah.

Advertisements

Rekaan dalaman Sky Musallah juga menampilkan gabungan pesona Arab purba serta kemewahan kontemporari dengan seni kaligrafi Islam.

Setiap ukiran kaligrafi juga menghimpunkan nama-nama Allah SWT dan ukiran dinding yang memaparkan ayat suci al-Quran antaranya surah tiga Qul.

Reka bentuknya juga dibina dengan memperuntukkan 50 peratus kawasan bagi ibadah solat, manakala baki ruang pula adalah untuk perkhidmatan lain.

Sky Mussallah adalah bukti kecemerlangan seni bina dan kreativiti tanpa had yang menggunakan teknologi canggih dan peralatan khas untuk menghasilkan reka bentuk yang luar biasa. – Agensi

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan