25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Menyamar doktor, tentera Israel bunuh tiga lelaki di hospital

Mesti Baca

TIDAK hanya menyamar sebagai doktor, pasukan khas Israel turut menyamar sebagai orang awam dan jururawat dengan membunuh tiga lelaki Palestin di Hospital Ibn Sina di bandar Jenin pada pagi Selasa.

Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan adik-beradik Mohammad dan Basil Ayman Al-Ghazawi serta Mohammad Walid Jalamna, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut sumber hospital, kira-kira 10 anggota pasukan khas Israel menceroboh ke tingkat tiga hospital dan membunuh tiga pemuda itu menggunakan pistol yang dilengkapi penyenyap bunyi.

Ketika kejadian Basil sedang menerima rawatan di kemudahan berkenaan akibat kecederaan yang dialaminya sejak 25 Oktober tahun lalu.

Advertisements

Sementara itu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila menggesa Perhimpunan Agung PBB, institusi antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia untuk menamatkan siri jenayah harian yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap rakyat Palestin dan pusat kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Menteri itu turut menggesa agar pusat perubatan dan kru ambulans diberi perlindungan sewajarnya daripada serangan tentera rejim.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata undang-undang antarabangsa menyediakan perlindungan umum dan khusus untuk tempat-tempat awam, termasuk hospital selaras Konvensyen Geneva Keempat dan Protokol Tambahan Pertama dan Kedua kepada Konvensyen Geneva 1977 dan The Hague 1954. -Agensi

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan