30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tentera Israel dakwa temukan 1,500 mayat pejuang Hamas

Mesti Baca

TENTERA rejim Zionis Israel, meneruskan lagi pengeboman ke atas Gaza yang dikuasai Hamas, pada Selasa.

Operasi itu dilaksanakan selepas pejuang Palestin mengancam untuk membunuh beberapa daripada kira-kira 150 tebusan yang berjaya ditahan dalam serangan hujung minggu lalu.

Ia ancaman jika serangan udara Israel berterusan tanpa amaran.

Israel sudah melakukan pengepungan menyeluruh di Semenanjung Gaza, pada Isnin, memotong bekalan makanan, air dan elektrik, hingga mencetuskan kebimbangan bahawa situasi kemanusiaan yang sudah teruk akan semakin merosot dengan cepat.

Terdahulu, warga Israel dikejutkan dengan serangan darat, udara dan laut, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Angka kematian meningkat kepada lebih 900 di Israel, di mana rejim bertindak balas dengan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza, menjadikan jumlah kematian di sana kepada 687.

Advertisements

Tentera Israel berkata, pada Selasa, ‘beberapa kawasan dipulihkan’ ke atas sempadan Gaza selepas serangan besar-besaran pada Sabtu, oleh lelaki bersenjata Palestin.

Israel mendakwa kira-kira 1,500 mayat pejuang Hamas ditemukan di Israel, sekitar Semenanjung Gaza ketika Israel menyerang kawasan Palestin dengan serangan udara, kata tentera.

Pada masa sama, katanya, pemindahan masyarakat Israel di sekitar sempadan sudah hampir diselesaikan.

Bebola api berulang kali menerangi kegelapan kota Gaza, sebelum Subuh pada Selasa, ketika letupan berbunyi dan siren kuat berkumandang.

Penduduk Palestin di wilayah pantai Gaza bersiap sedia untuk apa yang ramai khuatir akan menjadi serangan darat besar-besaran Israel bertujuan mengalahkan Hamas dan membebaskan tebusan.

Ketegangan Timur Tengah memuncak apabila musuh ketat Israel, Iran memuji serangan Hamas, walaupun Tehran menafikan sebarang peranan langsung dalam operasi ketenteraan itu. -Agensi

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan