24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Malaysia bimbang serangan zionis terhadap penduduk Palestin

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia melahirkan rasa bimbang susulan peningkatan keganasan di wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Menurut Perdana Menteri, serangan ke atas Masjid Al Aqsa, iaitu salah sebuah masjid paling suci bagi umat Islam menunjukkan keganasan yang berlarutan dan dasar aparteid yang diamalkan oleh tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Advertisements

Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri berhubung isu tersebut:

  1. Malaysia amat bimbang susulan peningkatan keganasan di Wilayah
    Palestin Yang Diduduki Israel.
  2. Sehubungan itu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan
    tentera penjajah Israel ke atas penduduk awam dan jemaah
    Palestin di Masjid Al Aqsa pada 15 April 2022 lalu.
  3. Serangan yang berlaku ke atas salah sebuah masjid paling suci
    bagi umat Islam dan dalam bulan Ramadan yang mulia ini
    menunjukkan keganasan berlanjutan dan dasar aparteid yang
    diamalkan oleh tentera penjajah Israel terhadap hak-hak asasi,
    kehidupan, kesejahteraan serta maruah rakyat Palestin.
  4. Mendasari hal ini, Malaysia meminta masyarakat antarabangsa
    memperbaharui tekad bagi mencari penyelesaian terhadap konflik
    Israel-Palestin yang berpanjangan ini.
  5. Malaysia juga akan terus bekerjasama rapat dengan masyarakat
    antarabangsa bagi mencari keamanan dan keadilan bagi rakyat
    Palestin selain kemakmuran di rantau Timur Tengah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan