30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tentera Israel bedil Syria pula

Mesti Baca

TENTERA Israel mendakwa memusnahkan infrastruktur tentera di dalam Syria, meningkatkan kebimbangan perang terhadap Palestin boleh mencetuskan konflik lebih besar.

“Sebentar tadi, jet pejuang IDF (Kementerian Pertahanan Israel) menyerang kemudahan pelancar yang menembak wilayah Israel dari wilayah Syria malam tadi,” kata IDF.

Menurut penyiar awam Israel Kan News, tentera tidak memberikan butiran lanjut dan hanya menyatakan, serangan berlaku berhampiran Daraa.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai kesan serantau ekoran perang Israel ke atas Gaza.

Ini berikutan berlaku rentetan serangan ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Syria serta peningkatan tembak balas di antara Hezbollah dan tentera Israel di sempadan Lubnan, sejak konflik Gaza bermula.

Semalam, tentera Israel turut berkata, mereka menyerang sasaran Hezbollah di Lubnan sebagai tindak balas kepada tembakan roket.

Advertisements

Serang balas rentas sempadan dengan Hezbollah berlaku hampir setiap hari sejak 7 Oktober lalu, apabila pejuang Hamas dari Gaza menyerbu selatan Israel.

Israel bertindak balas dengan pengeboman tanpa henti ke atas Gaza dan membunuh lebih 8,000 orang, hampir separuh daripadanya kanak-kanak.

Menurut pengiraan AFP, sejak serangan itu bermula, keganasan rentas sempadan membunuh sekurang-kurangnya 59 orang di Lubnan, kebanyakannya pejuang Hezbollah, termasuk empat orang awam serta seorang wartawan.

Pegawai Israel pula hanya melaporkan empat kematian, termasuk seorang orang awam.

Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi, hampir 29,000 orang sudah kehilangan tempat tinggal di Lubnan akibat pertempuran itu. -Agensi

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan