26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Palestin: 12 wakil rakyat PKR dakwa kenyataan disalah tafsir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 12 wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kenyataan mereka berhubung isu penganjuran Minggu Solidariti Palestin disalah tafsir pelbagai pihak.

Dalam satu kenyataan bersama, wakil-wakil rakyat itu berkata, niat asal adalah bagi menzahirkan kebimbangan terhadap unsur keterlaluan yang mungkin wujud dalam program tersebut dan bukannya penentangan terhadap Palestin.

“Kami ingin menegaskan pendirian yang tidak berganjak dan mendokong sepenuhnya pendirian kerajaan yang menentang kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestin dalam konflik di Asia Barat.

“Kenyataan kami sebelum ini telah disalah tafsir apabila kebimbangan kami adalah terhadap unsur keterlaluan yang mungkin wujud dalam Minggu Solidariti Palestin di sekolah, bukannya penentangan kami terhadap Palestin jauh lagi dikaitkan dengan menyokong tindak tanduk Israel.

“Ada antara kami yang telah menyatakan pendirian penentangan kami terhadap kezaliman Israel di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) malahan di pentas antarabangsa,” katanya hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu dikeluarkan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

Turut sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat adalah Lee Boon Heng (Kebun Bunga), Chua Wei Kiat (Rawang), Chan Chun Kuang (Semanbu), Wong Chai Yi (Simpang Pulai), Yew Boon Lye (Chuah), Goh Ghoon Aik (Bukit Tambun), David Cheong Kian Yong (Kajang), Arthur Chiong Sen Sern (Bukit Batu) dan Adam Loh Wei Chai (Bakar Arang).

Sementara itu, mereka berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa naratif yang diambil adalah bersamaan dengan propaganda media barat adalah dangkal dan berniat jahat.

Kata mereka, ia juga mencerminkan pendekatan politik sempit Takiyuddin iaitu sebarang cadangan konstruktif akan dilabelkan sebagai pendokong pihak lain.

“Kami berasa hairan Takiyuddin yang tidak pernah memuji tindakan kerajaan dalam menangani kezaliman Israel di Parlimen baru-baru ini, sekarang tiba-tiba cuba mencetuskan polemik dengan dakwaan yang tidak berasas,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan