31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Eksesais Maritim Timur uji keupayaan kawal Laut China Selatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Pelaksanaan Eksesais Maritim Perkasa Timur merupakan platform terbaik bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi menguji keupayaan dan kecekapan agensi itu dalam menjaga kedaulatan Laut China Selatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd. Amin berkata, ia dilaksanakan dengan misi menyediakan pegawai dan anggota agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman maritim.

“Pelaksanaan eksesais ini dapat mempertingkatkan keupayaan khusus pelaksanaan evolusi di laut untuk anggota kapal, pesawat dan pasukan mencari dan menyelamat agensi tersebut.

“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keberkesanan koordinasi dan keupayaan aset milik agensi dalam mengendalikan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas Majlis Pelancaran Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Jeti Sabah Port Sdn. Bhd. Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah dan Pengarah Maritim Malaysia Sabah, Laksamana Muda Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Advertisements
Hajiji Noor (kiri) melakukan lawatan ketika Majlis Pelancaran Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 di Kota Kinabalu, hari ini. – Edisi9/Jabatan Penerangan Sabah

Eksesais Maritim Perkasa Timur bermula pada 28 Oktober lalu dan akan berakhir pada 4 November ini melibatakan seramai 652 pegawai dan anggota.

Latihan itu turut melibatkan kekuatan lebih 15 buah aset terdiri daripada kapal dan pesawat udara milik Maritim Malaysia.

Eksesais tersebut mempunyai tiga fasa bermula dengan fasa pertama iaitu Fasa Pelabuhan yang diadakan bermula pada 28 dan 29 Oktober yang merupakan sesi taklimat siri latihan dan sesi Table Top.

Fasa kedua iaitu Fasa Laut berlangsung bermula hari ini sehingga 3 November di mana aset-aset agensi akan melaksanakan eksesais di perairan Kota Kinabalu, GSP, Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum seterusnya diakhiri di kawasan Perairan Kuching.

Fasa terakhir bagi eksesais ini merupakan Fasa Pasca Eksesais iaitu sesi post mortem dan rumusan akan dilaksanakan di Pejabat Maritim Sarawak pada 3 dan 4 November. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan