28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PTPTN: PM kitar semula idea saya – Wan Saiful

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kaedah pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui potongan gaji secara automatik adalah merupakan cadangan yang dikitar semula.

Ini kerana, kata mantan Pengerusi (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan, idea sedemikian pernah dikemukannya beliau sebelum ini.

Mendedahkan perkara itu, Wan Saiful berkata, beliau mencadangkan pelaksanaan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) pada Disember 2018, tetapi tidak mendapat maklum balas.

“Jadi pengumuman Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu sebenarnya mengulangi model bayaran balik yang pernah dicadangkan pada 2018.

Advertisements

Anwar dan Akmal Nasir (Ketua AMK ketika itu) memberikan tekanan kepada saya kerana mereka tidak bersetuju dengan skim potongan gaji berlandaskan PGB yang saya umumkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada 6 Disember 2018, Wan Saiful berkata, Anwar yang ketika itu adalah Ahli Parlimen Port Dickson dilaporkan berkata akan mengemukakan keresahan peminjam PTPTN untuk pertimbangan Menteri Pendidikan dan Pengerusi PTPTN.

“Saya akan beri nota segera pada mereka. Saya nak maklumkan bahawa sepanjang empat tahun saya menjadi Pengerusi PTPTN, nota tersebut tak pernah sampai.

“Sehingga saya sendiri terpaksa mohon jumpa Anwar untuk menerangkan cadangan tersebut beberapa bulan kemudian dan beliau pada masa itu masih tidak setuju atas alasan ia tidak popular,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan