Wednesday, July 22, 2026

Poster tular: Fitnah jahat cuba laga-lagakan Bersatu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan poster yang tular tertera gambar beliau dengan perkataan ‘Tan Sri Muhyiddin Perlu Berundur’.

Beliau berkata, poster tular tersebut adalah fitnah jahat yang sedang berlegar melaga-lagakan pimpinan Bersatu dengan niat nak memecah belahkan kami.

“Kami tetap istiqamah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu!,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Machang itu, pengkhiantan dua ahli parlimen Bersatu dari Labuan dan Kuala Kangsar akan diuruskan oleh Lembaga Disiplin Parti.

“Jangan cuba jadikan mereka modal untuk memecah belahkan parti!,” tegas beliau.

Hari ini media melaporkan seorang lagi ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Labuan yang merupakan ahli Bersatu, Datuk Suhaili Abdul Rahman menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu pada 12 Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang juga ahli Bersatu memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri mulai tarikh berkenaan.- Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan