28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Messi julang Ballon d’or kali kelapan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KAPTEN Argentina, Lionel Messi mengenepikan cabaran Erling Haaland dan Kylian Mbappe untuk mengungguli anugerah berprestij, Ballon d’or buat kali kelapan dalam sejarah.

Penyerang Inter Miami itu beraksi cemerlang pada musim lalu bersama Paris Saint-Germain (PSG) dan skuad kebangsaan Argentina apabila menamatkan penantian negara Amerika Selatan itu untuk menjulang trofi Piala Dunia.

Messi turut meledak 32 gol dalam 55 perlawanan untuk PSG bagi membantu kelab Perancis itu menjuarai Ligue 1 musim lalu.

Untuk rekod, bekas produk akademi La Masia Barcelona itu sebelum ini menang trofi berkenaan pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019, 2021 dan terbaharu, 2023.

Advertisements

“Sangat menarik untuk berada di sini sekali lagi dan menikmati kenangan ini. Menang Piala Dunia dan mencapai impian saya,” kata Messi.

Sementara itu, Haaland berada di tempat kedua, Mbappe (ketiga) manakala Kevin De Bruyne di tempat keempat.

Terdapat enam pemain Manchester City berada dalam kedudukan 10 terbaik termasuk Rodri (lima), Julian Alvarez (tujuh) dan Bernardo Silva (sembilan).

City turut dinobat sebagai kelab terbaik pada malam yang gilang gemilang itu sementara Haaland dianugerahkan Trofi Gerd Muller selepas mencetak 52 gol semusim serta menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara Juara Eropah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan