28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024

Pemukiman rungkai isu tertangguh Malaysia-Singapura – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMUKIMAN Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura yang diadakan semalam membawa kepada penyelesaian kepada pelbagai isu yang tertangguh antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk soal ruang udara, perjanjian bekalan air dan juga persempadanan Pulau Batu Putih.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk membekalkan tenaga boleh baharu menerusi eksport dari Sarawak, yang membantu Singapura dan menguntungkan negara ini.

“Permukiman ini berjaya mencapai kemajuan penting dalam usaha merungkai beberapa isu tertunggak antara kedua-dua negara.

“Antaranya persefahaman awal untuk meneliti soal kawalan ruang udara di selatan Malaysia. Ini adalah satu pencapaian luar biasa dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura,” katanya menerusi catatan di Facebook malam tadi.

Advertisements

Mengulas lanjut, Anwar berkata, bagi isu perjanjian bekalan air, rundingan perlu dilihat secara lebih luas dan tidak tertumpu pada harga jualan air semata-mata tetapi juga peranan Singapura dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran air Sungai Johor bersama-sama kerajaan negeri.

“Berhubung persempadanan Batu Puteh, saya menyatakan Peguam Negara dari kedua-dua belah pihak perlu memulakan perbincangan untuk memuktamadkan rundingan secepat mungkin.

“Secara keseluruhan, permukiman ini membuktikan Malaysia dan Singapura berupaya merungkai sebarang pertikaian dalam semangat persahabatan, mencapai penyelesaian menang-menang,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong menyaksikan pemeteraian surat sampingan Perjanjian bagi Tabung Pembangunan Perniagaan Negara Ketiga Malaysia-Singapura (MSBDF).

Kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan majlis menandatngani memorandum persefahaman (MoU) antara SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Enterprise Singapore (ESG). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara ekonomi gig, minat belajar dan pendidikan tinggi

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NIK AZMAN PADA masa kini, ekonomi gig telah berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh...

Lagi Artikel Berkaitan