26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Mangsa banjir di Perak terus meningkat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di Perak terus mencatatkan peningkatan pagi ini selepas 316 pendudukan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan berkata, angka itu melonjak sekali ganda berbanding sebelumnya dengan 153 mangsa.

Katanya, sebanyak 174 mangsa melibatkan 51 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak selepas banjir melanda 11 kawasan di Hilir perak dan Kerian, malam tadi.

“11 kawasan yang telibat ialah Lorong Kedah; Lorong Belakang Klinik; Batu 9 Simpang 3, Batu 10, Batu 7, Lorong Sidang Osman, Batu 9, Lorong Mesra, Batu 8, Lorong Sekolah Kampung Sungai Kerawai dan Batu 7 1/2.

Advertisements

“Sementara di Kerian, kawasan yang dinaiki air meningkat kepada enam, berbanding tiga pada tengah hari (semalam),” katanya malam tadi.

Enam kawasan di Kerian melibatkan Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak, Kampung Beriai, Kampung Selekoh, Kamung Parit Air Hitam 2 dan Kampung Parit Air Kalang.

Menurut kenyataan itu, kesemua mangsa dari kampung terlibat ditempatkan ke dua PPS iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak dan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

“Seramai 86 mangsa dari 21 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Lobak manakala 86 dari 18 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan