31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lima pemancing Indonesia hanyut diserahkan kepada Basarnas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KESEMUA lima pemancing warga Indonesia yang hanyut selepas bot mereka karam dipukul ombak besar di perairan Tanjung Balai, Karimun, Riau pada 6 Oktober lalu diserahkan kepada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua mangsa adalah lelaki berumur di antara 21 hingga 48 tahun.

Katanya, kesemua mangsa diserahkan di sempadan perairan Malaysia-Indonesia pada kedudukan 4.1 batu nautika barat daya Pulau Kukup, Johor.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Basarnas Indonesia yang tiba di lokasi penyerahan menggunakan kapal KN SAR Purworejo 101.

Advertisements

“Proses penyerahan berjalan lancar dan turut dihadiri Kepala Kantor SAR Tanjung Pinang, Slamet Riyadi dan disaksikan wakil Konsulat Jenderal Indonesia di Johor Bahru, Jati Heri Winarto”, katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Sebanyak lima warga Indonesia ditemui hanyut dan diselamatkan Maritim Malaysia bot pancing yang dinaiki mereka karam dipukul ombak besar di perairan Tanjung Balai, pada awal bulan ini.

Dalam perkembangan lain, Nurul Hizam memberi peringatan kepada semua komuniti maritim supaya mengutamakan keselamatan diri ketika berada di laut terutamanya menjelang musim Monsun Timur Laut tidak lama lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan