30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, semalam.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi melantik AJK dan Pesuruhjaya Pas Negeri/Wilayah Persekutuan.

Katanya, perkara tersebut tertakluk di bawah peruntukan Fasal 25 dan Fasal 26 Perlembagaan Pas.

“Antara AJK yang dilantik ialah Nasrudin Hassan, Mohd. Yusni Mat Piah, Wan Rohimi Wan Daud, Mohd. Zuhdi Marzuki, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahmad Yunus Hairi dan Mohd. Mazri Yahya.

“Mesyuarat turut melantik Khairul Faizi Ahmad Kami sebagai penolong setiausaha agung 1, Khairul Fahmi Matsom (penolong setiausaha agung 2) dan Mohd. Syahir Che Sulaiman (penolong setiausaha agung 3),” katanya.

Advertisements

Shahidan sebelum menyertai Pas, pernah menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sementara Annuar juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti terbesar Melayu itu.

Shahidan yang namanya tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU015) di Parlimen Arau mengambil keputusan bertanding di atas tiket Pas, yang membawa kepada pemecatannya.

Sementara itu Annuar pula tidak dicalonkan untuk mempertahan kerusi Parlimen Ketereh.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, mesyuarat itu turut memperakukan pendirian dan tindakan Pas berhubung situasi terkini politik dalam negara dan luar negara, khususnya konflik Palestin yang masih berterusan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan