26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Shahidan Kassim

Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, semalam. Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa...

Shahidan jalani pembedahan, mohon doa semua

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjalani satu prosedur pembedahan kecil di hospital. Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab pembedahan yang bakal dijalaninya. “Sahabat-Sahabat dan rakyat Malaysia yang dikasihi, hari ini saya akan menjalani pembedahan...

Shahidan tarik diri bertanding Presiden DPMM

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada pemilihan persatuan itu yang dijadualkan hari ini. Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata, keputusan berkenaan dibuat demi menjaga perpaduan dalam kalangan ahli persatuan...

Sabar yang dipecat, kami akan beri pembelaan – Shahidan

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan "nama-nama" besar yang dipecat dari UMNO untuk terus bersabar. Malah Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu turut memberi jaminan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) akan memberi pembelaan ke atas individu yang dipecat...

Anwar bagus tetapi dikelilingi orang jahil – Shahidan

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang Perdana Menteri yang bagus namun malangnya beliau dikelilingi oleh mereka yang jahil. Menurut bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, mereka yang berada di keliling Anwar terdiri daripada...

Tindakan gantung UMNO Bahagian Arau tidak wajar – Shahidan

BEKAS Ketua UMNO Bahagin Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mempersoal keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menggantung bahagian itu yang didakwa melanggar Perlembagaan parti. Shahidan yang dipecat keanggotaannya kerana bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)...

Giliran Shahidan pula tubuh NGO berbau politik

SELEPAS Tan Sri Annuar Musa yang menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berbau politik, kini giliran Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim pula yang berbuat demikian. Jika Annuar yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh menubuhkan Muafakat Nasional (MN),...

Perpaduan ummah semakin diterima hebat – Shahidan

KEMENANGAN calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai disifatkan sebagai satu semboyan perpaduan ummah semakin diterima dengan hebat.  Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, PN berjaya merampas kerusi tersebut yang disandang Pakatan Harapan...

Shahidan mahu bertanding atas tiket parti lain

DATUK Seri Shahidan Kassim tetap mahu bertanding di kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan tiket parti lain selepas tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN). Mendedahkan perkara itu, Shahidan yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Arau berkata,...

Shahidan tidak dicalon, bilik gerakan BN Arau ‘tutup’

BARISAN Nasional (BN) Arau dikatakan telah menutup bilik gerakan mereka selepas mengetahui penyandang kerusi Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Malahan, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menganggap ketiadaan namanya bertanding...
- Advertisement -spot_img

Latest News

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...
- Advertisement -spot_img